Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

C.I.N.T.A., aku tunggu.

aku mengatur langkah
dengan satu rasa dan satu keyakinan
dengan nikmat yang aku miliki
C.I.N.T.A.
walau kadang aku rasa awan tidak pernah melindungi
namun matahari masih bersinar
buat aku terus mencari satu wajah C.I.N.T.A.

kamu hadir dan ada di hati
walau kamu sering jauh dan seolah-olah tak pernah termiliki
aku tak kan pernah jemu untuk menunggu
dan terus menunggu

satu hari
jika aku kabur
bukan kerana aku pasrah
cuma mungkin C.I.N.T.A. itu sembunyi seketika

j.u.j.u@rasaD'haty
inspirasi : akan ku jumpa by azFar

Sunday, February 21, 2010

aku CINTA kamu!! @ rasaD'haty

cinta
kamu kini benar-benar wujud
kamu hidup dalam hati aku
kamu ada dalam diri aku
dalam jaga kamu selalu ada
dalam mimpi kamu pasti datang

cinta
dulu kamu pernah ada
tapi akhirnya kamu pergi
kini setelah lama aku tunggu
kamu hadir juga menyerikan hidup ku
segusar mana pun hati ini
bibir ini masih mampu mengukir senyuman
kerana kamu CINTA
kamu selalu ada untukku

cinta
aku akan sentiasa setia untuk menemani kamu
walau apa juga yang akan kita lalui
dan aku akan jadikan hari bahagia kita
hari terindah permulaan perjalanan kita bersama
aku cinta kamu
j.u.j.u@rasaD'haty