Thursday, September 2, 2010

C.I.N.T.A., aku tunggu.

aku mengatur langkah
dengan satu rasa dan satu keyakinan
dengan nikmat yang aku miliki
C.I.N.T.A.
walau kadang aku rasa awan tidak pernah melindungi
namun matahari masih bersinar
buat aku terus mencari satu wajah C.I.N.T.A.

kamu hadir dan ada di hati
walau kamu sering jauh dan seolah-olah tak pernah termiliki
aku tak kan pernah jemu untuk menunggu
dan terus menunggu

satu hari
jika aku kabur
bukan kerana aku pasrah
cuma mungkin C.I.N.T.A. itu sembunyi seketika

j.u.j.u@rasaD'haty
inspirasi : akan ku jumpa by azFar

Sunday, February 21, 2010

aku CINTA kamu!! @ rasaD'haty

cinta
kamu kini benar-benar wujud
kamu hidup dalam hati aku
kamu ada dalam diri aku
dalam jaga kamu selalu ada
dalam mimpi kamu pasti datang

cinta
dulu kamu pernah ada
tapi akhirnya kamu pergi
kini setelah lama aku tunggu
kamu hadir juga menyerikan hidup ku
segusar mana pun hati ini
bibir ini masih mampu mengukir senyuman
kerana kamu CINTA
kamu selalu ada untukku

cinta
aku akan sentiasa setia untuk menemani kamu
walau apa juga yang akan kita lalui
dan aku akan jadikan hari bahagia kita
hari terindah permulaan perjalanan kita bersama
aku cinta kamu
j.u.j.u@rasaD'haty

Tuesday, January 26, 2010

aku gusar~rasaD'haty

waktu aku bangun
dan lihat cahaya
aku tahu itu matahari
dalam hati mengucap syukur
kerana aku masih bernyawa dan hidup
walau aku tahu esok pasti lagi berat untuk aku
bila sekarang aku boleh tersenyum
aku takut esok aku menangis lagi
sesekali aku gusar dengan jalan yang aku pilih
tiap hari berdoa meminta ditetapkan imanku
tidak pernah terniat oleh aku untuk menganiaya
semua itu hadir kerana itu ketentuannya
tapi mereka tidak pernah peduli itu semua
makin hari itu dekat dengan aku
makin aku takut dengan dugaan yang mendatang
dalam hati sekali lagi bermohon
kuatkan hati dan imanku
terangi jalan yang aku pilih ini

j.u.j.u@rasaD'haty