Thursday, September 2, 2010

C.I.N.T.A., aku tunggu.

aku mengatur langkah
dengan satu rasa dan satu keyakinan
dengan nikmat yang aku miliki
C.I.N.T.A.
walau kadang aku rasa awan tidak pernah melindungi
namun matahari masih bersinar
buat aku terus mencari satu wajah C.I.N.T.A.

kamu hadir dan ada di hati
walau kamu sering jauh dan seolah-olah tak pernah termiliki
aku tak kan pernah jemu untuk menunggu
dan terus menunggu

satu hari
jika aku kabur
bukan kerana aku pasrah
cuma mungkin C.I.N.T.A. itu sembunyi seketika

j.u.j.u@rasaD'haty
inspirasi : akan ku jumpa by azFar

Sunday, February 21, 2010

aku CINTA kamu!! @ rasaD'haty

cinta
kamu kini benar-benar wujud
kamu hidup dalam hati aku
kamu ada dalam diri aku
dalam jaga kamu selalu ada
dalam mimpi kamu pasti datang

cinta
dulu kamu pernah ada
tapi akhirnya kamu pergi
kini setelah lama aku tunggu
kamu hadir juga menyerikan hidup ku
segusar mana pun hati ini
bibir ini masih mampu mengukir senyuman
kerana kamu CINTA
kamu selalu ada untukku

cinta
aku akan sentiasa setia untuk menemani kamu
walau apa juga yang akan kita lalui
dan aku akan jadikan hari bahagia kita
hari terindah permulaan perjalanan kita bersama
aku cinta kamu
j.u.j.u@rasaD'haty

Tuesday, January 26, 2010

aku gusar~rasaD'haty

waktu aku bangun
dan lihat cahaya
aku tahu itu matahari
dalam hati mengucap syukur
kerana aku masih bernyawa dan hidup
walau aku tahu esok pasti lagi berat untuk aku
bila sekarang aku boleh tersenyum
aku takut esok aku menangis lagi
sesekali aku gusar dengan jalan yang aku pilih
tiap hari berdoa meminta ditetapkan imanku
tidak pernah terniat oleh aku untuk menganiaya
semua itu hadir kerana itu ketentuannya
tapi mereka tidak pernah peduli itu semua
makin hari itu dekat dengan aku
makin aku takut dengan dugaan yang mendatang
dalam hati sekali lagi bermohon
kuatkan hati dan imanku
terangi jalan yang aku pilih ini

j.u.j.u@rasaD'haty

Saturday, November 21, 2009

aDam~rasaD'haty

Terdengar aku pada suatu suara
dan terlihat aku pada satu susuk tubuh
seorang sang aDam
kamu pernah ada di hati aku
menemani siang dan malam ku
menghadiahkan aku sebuah kehidupan yang aku impikan

aDam
aku pernah berjanji aku akan setia
pernah aku nyatakan hanya kamu d hati aku
dan hingga hari tua ku, aku ingin bersama kamu

aDam
kamu dan aku tahu
bahawa jalan ini bukan jalan untuk kita
bukan arah yang kamu mahu
bukan cerita yG aku impikan

aDam
lepaskan aku jika simpati yang kau rasa
kamu tahu aku mampu berdiri
kamu mengerti bukan ini yG aku mahukan

aDam
mengenali kamu sesuatu yG terindah

Wednesday, November 4, 2009

aku yanG keHiLangan~rasaD'haty

alpa sungguh aku di hujung anjung
memanjakan mata mengarah ke sawah nun terbentang
terlihat sang pipit terbang nun di hujung dahan
seolah-olah riang menyanyi
bisa terbang ke mana sahaja
di hati terbit rasa cemburu
jika aku burung itu....


Lantas mata membawa aku melihat ke awan
ingin sekali hati ini berada di atas melihat semua
mencari di mana bunga yang dulu terbang
mungkinkah ia kembali..


nun jauh di sana ku lihat sang matahari
tenggelam mengizinkan sang bulan menerangkan sinarnya
aku berlalu dari anjung
mengharap esok aku masih berpeluang melihat matahari...

                                                          4 nov 09, 1745hrs

j.u.j.u@rasaD'haty

Tuesday, September 22, 2009

deDikasi to eKa~rasaD'haty

Redup suasana itu,
Mengarah mata
Memandang ke langit
Melihat matahari
Setia memancar sinarnya
Awan masih berarak lalu
Dan angin tetap bertiup...


Dan tika itu,
Terlihat aku pada sebuah kisah
Biarpun lewat masa itu
Telah lama berlalu


Namun,
Manisnya masih dapat aku rasai
Dan tetap segar di sini, di hatiku...
Masa akan terus berlalu,
Mendewasakan kita...
Membawa aku dan kau
Terjun ke dasar kehidupan


Namun aku yakin,
Kita pasti akan sama-sama
Bangun menghadapinya..
Dan ingat, perbezaan itu sering membawa
Kita untuk selalu bersama
Biar pun rindu di kejauhan
Tautan yang ada akan tetap ada!


                                      7 oct 2006, 3 pagi
j.u.j.u @ rasaD'haty

Monday, September 14, 2009

kaSih~rasaD'haty

kasih
kehadiranmu memberi aku kehidupan
membawa aku melihat bintang
merenung kebenaran
biar ia pahit namun ini kehidupan
melihat rama-rama terbang
aku tersenyum puas
aku tahu ia kembali

kasih
bersamamu aku melihat impian
di wajahmu ku lihat ketenangan
sikap mu menuntun aku
untuk tidak melepaskanmu

kasih
aku mensyukuri pertemuan kita
biar aku jauh aku tahu kata hatimu
menyintaimu satu anugerah buat aku
moga di permudahkan jalan
buat kita berdua seperti mulanya

0229 pm 15 Jun 2007
~saat aku di pimpin tangannya~
j.u.j.u @ rasaD'haty